Sunday, November 28, 2010

MLW HEALTH

baru2 ni aku ada baca magazine kesihatan..kat sini ada beberapa tip untuk melawan penuaan tanpa pembedahan...ada 7 langkah...

1. ELAKKAN DIET TERLAMPAU
Sekiranya anda menurunkan berat badan terlalu cepat (lebih kurang 200 paun (90.72 kg)seminggu,anda berkemungkinan menyingkirkan air dalam badan,bukannya lemak dan kesannya jelas ketara pada wajah anda.
Tidak kiralah sama ada anda berhasrat untuk menurunkan berat badan atau tidak.
Anda digalakkan mengamalkan diet yang kaya dengan vitamin dan mineral.makanlah makanan yang mengandungi protein,bijirin penuh,buah-buahan dan sayur-sayuran.
Tambahkan juga makanan yang kaya dengan zink dan selenium (terdapat juga dalam mushroom).

2. BACALAH LABEL
Menggunakan produk anti penuaan dari AWAL adal digalakkan. 
Namun, periksa label produk sebelum membelinya.
Pilihlah krim anti penuaan dan losyen yang mengandungi antioksidan seperti vitamin C dan E, promegranate serta sel epal yang berkesan melindungi kolagen dan elastin. 
Selain itu, produk yang mengandungi agen anti radang seperti cendawan, lidah buaya, asid hyaluronik, lipid serta asid amino mampu mengekalkan hidrasi pada kulit.

3. BERHENTI MEROKOK
Sesiapa yang merokok..BERHENTI...
Asap rokok merosakkan sel-sel kulit sihat
Sentuhn bibir pada batang rokok menyebabkan kemunculan garis-garis penuaan.

4. GUNKAN KRIM PELINDUNG UV SETIAP HARI
Sinaran UV adalah antara penyebab berlakuna penuaan.
Ia bertindak memperlahankan tingkst aktif sel-sel kulit.
Untuk menguatkan sel-sel ini, sapukan krim pelindung UV yang mengandungi sekurang-kurangya SPF 15.
Sekiranya anda akan berada di kawasan terbuka sepanjang hari, disarankan menggunakn krim pelindung UV dengan SPF 30 atau lebih.
Sapukannya lagi, selang 2 jam.

5. SERUM
Keupayaan kulit mengekalkan kelembapan menurun selari dengan sel-sel kulit yang ,ulai tua.
Penggunaan losyen dan krim adalah sangat baik kerana ia akan mengunci air di dalam kulit bagi mengelakkan dehidrasi.
Serum kulit di pasaran membekalkan fungsi anti penuaan yang lebih besar.
Serum kulit mengandungi bahan-bahan aktif yang bertindak mencegah penuaan sepenuhnya.
Pilihlah serum yang mengandungi antioksidan seperti vitamin C dan E serta teh hijau.
Sapukannya sebelum mengenakan krim pelindung UV.

6. PAKAILAH KACA MATA HITAM
Memakai kaca mata hitam mampu melindungi kulit nipis di sekitar mata daripada bahaya sinaran UV.
Mengecilkan mata dengan kerap kerana tidak tahan dengan pancaran cahaya matahari merupakan antara penyebab hadirnya garis-garis halus.
Pada masa yang sama, sapukanlah krim mata pada waktu pagi dan malam.

7. TARIK NAFAS DALAM-DALAM
Stress penyumbang penuaan.
Apabila badan menghasilkan lebih banyak adrenalin dan hormon stres kortisol, keanjalan dan tingkat elastik kulit akan terjejas. 
Tanpa sedar, anda turut kerap mengerutkan dahi yang mana akan membuatkan kedutan lebih ketara.
Sebagai langkah mengatasinya, cubalah mengamalkan yopga dan meditasi atau paling tidak sekadar berbual serta berkongsi masalah dengan kawan-kawan.

akhir sekali....Mulakanlah dari sekarang...  
      

No comments:

Post a Comment